Wednesday

5 Sebab Kita Tidak KAYA

oleh: Shahrin Saari
Presiden Smart Group Millionaire Club

Ramai selalu mengeluh kerana sering tidak cukup wang. kerja bertahun-tahun tapi wang tidak pernah cukup walaupun kerja overtime, dapat bonus dan kenaikan gaji setiap tahun tapi tak kaya-kaya... Mereka ada masa tapi mereka tiada wang. Betul tak betul? Ramai juga berniaga, buka kedai, buka syarikat, dapat projek itu dan ini tapi masih tak kaya -kaya.. ada juga yang kaya. Mereka ada wang tapi mereka tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Betul tak betul?

Mengikut kajian, hanya 5% sahaja penduduk dunia yang kaya sementara 95% lagi hidup dalam kemiskinan atau "cukup-cukup makan" saja. Mengapa jadi begini? Menurut Robert T. Kiyosaki balam bukunya "Rich Dad PoorDad", beliau menyatakan, kenapa orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin kerana orang miskin tidak sukabuat apa yang orang kaya suka buat. betul tak betul? anda bagaimana?

Antara 5 sebab utama kenapa kita tidak kaya;

1. Anda hanya ada 1 sahaja punca pendapatan.
Pepatah Inggeris ada menyatakan "Not to keep all your eggs in single basket". Jangan letakkan semua telur dalam sebuah bakul. Dengan hanya ada 1 sahaja punca pendapatan boleh menyebabkan anda akan kehilangan semua pendapatan secara tiba-tiba sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anda, tempat kerja atau perniagaan anda betul tak betul?

2. Anda takut gagal.
"Tiada manusia yang merancang untuk gagal".
(Anda berniaga untuk rugi ke?) tetapi kegagalan yang paling utama ialah mereka gagal untuk mencuba. Tiada orang yang berjaya yang tidak pernah gagal. Semakin banyak anda gagal, semakin dekat anda kepada kejayaan.Jadi... jangan takut mencuba TETAPI takutlah kepada masalah yang sedang anda hadapi sekarang. Orang yang gagal ialah orang yang berhenti mencuba. Betul tak batul?

3. Anda suka bertangguh.
Sekiranya anda selalu berkata bahawa "Ada banyak masa lagi nanti la". "Nanti bila duit saya dah cukup , saya buat la". Jangan terkejut apabila satu hari nanti bila anda bangun pagi dan mendapati kereta kene tarik depan anak bini, pintu rumah kene ketuk sebab orang minta hutang, anak-anak makin membesar, belanja semakin bertambah dan rumah terasa sempit. Jadi..jangan tangguhkan kerja atau keputusan anda. Bertindak sekarang juga.

4. Anda suka dengar cakap orang.
"Tak usah masuk MLM tu". "Ala..boleh percaya ke tu"."Tipu je tu. Ramai orang gagal sebab mereka termakan cakap atau hasutan kawan-kawan dan orang-orang lain. Ramai orang dengki kalau kita kaya, betul tak betul? Untuk berjaya, ikut cakap orang yang telah berjaya dan buat apa orang berjaya baut. Ingat... Jangan dengar cakap orang!!!

5. Anda gagal untuk merebut peluang.
Mungkin anda telah banyak kali mendengar atau ditawarkan dengan peluang-peluang yang telah anda persia-siakan dengan sikap "Tunggulah nanti saya fikirkan" atau "Saya bukan tak nak tapi...". Untuk berjaya jangan bagi alasan. Jangan takut untuk berubah kerana kalau anda takut untuk berubah, pendapatan anda juga tidak akan berubah. Sebenarnya ada banyak peluang yang boleh mengubah hidup anda asalkan anda ada kemahuan dan impian "Kita dilahirkan bukan untuk gagal". Betul tak betul?

Untuk kaya dan berjaya, anda kene berubah. Apa yang anda perlu ubah? UBAH SIKAP anda, kerana sikap andalah...anda jadi begini. Ubah penggunaan masa, belajar dari orang berjaya, jangan bertangguh, jangan dengar cakap orang dan jangan buruk sangka pada peluang yang datang. Kata-kata hikmah Prof Dr Hamka "peluang yang besar itu datang secara TIBA-TIBA. Datang TIDAK MENENTU. Datang disaat kita KESEMPITAN atau KESUSAHAN. Nilai peluang itu dengan BIJAKSANA. REBUTLAH peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan SERIBU ALASAN untuk tidak merebut peluang yang besaritu!.

No comments:

Post a Comment