Wednesday

5 Sebab Kita Tidak KAYA

oleh: Shahrin Saari
Presiden Smart Group Millionaire Club

Ramai selalu mengeluh kerana sering tidak cukup wang. kerja bertahun-tahun tapi wang tidak pernah cukup walaupun kerja overtime, dapat bonus dan kenaikan gaji setiap tahun tapi tak kaya-kaya... Mereka ada masa tapi mereka tiada wang. Betul tak betul? Ramai juga berniaga, buka kedai, buka syarikat, dapat projek itu dan ini tapi masih tak kaya -kaya.. ada juga yang kaya. Mereka ada wang tapi mereka tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Betul tak betul?

Mengikut kajian, hanya 5% sahaja penduduk dunia yang kaya sementara 95% lagi hidup dalam kemiskinan atau "cukup-cukup makan" saja. Mengapa jadi begini? Menurut Robert T. Kiyosaki balam bukunya "Rich Dad PoorDad", beliau menyatakan, kenapa orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin kerana orang miskin tidak sukabuat apa yang orang kaya suka buat. betul tak betul? anda bagaimana?

Antara 5 sebab utama kenapa kita tidak kaya;

1. Anda hanya ada 1 sahaja punca pendapatan.
Pepatah Inggeris ada menyatakan "Not to keep all your eggs in single basket". Jangan letakkan semua telur dalam sebuah bakul. Dengan hanya ada 1 sahaja punca pendapatan boleh menyebabkan anda akan kehilangan semua pendapatan secara tiba-tiba sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anda, tempat kerja atau perniagaan anda betul tak betul?

2. Anda takut gagal.
"Tiada manusia yang merancang untuk gagal".
(Anda berniaga untuk rugi ke?) tetapi kegagalan yang paling utama ialah mereka gagal untuk mencuba. Tiada orang yang berjaya yang tidak pernah gagal. Semakin banyak anda gagal, semakin dekat anda kepada kejayaan.Jadi... jangan takut mencuba TETAPI takutlah kepada masalah yang sedang anda hadapi sekarang. Orang yang gagal ialah orang yang berhenti mencuba. Betul tak batul?

3. Anda suka bertangguh.
Sekiranya anda selalu berkata bahawa "Ada banyak masa lagi nanti la". "Nanti bila duit saya dah cukup , saya buat la". Jangan terkejut apabila satu hari nanti bila anda bangun pagi dan mendapati kereta kene tarik depan anak bini, pintu rumah kene ketuk sebab orang minta hutang, anak-anak makin membesar, belanja semakin bertambah dan rumah terasa sempit. Jadi..jangan tangguhkan kerja atau keputusan anda. Bertindak sekarang juga.

4. Anda suka dengar cakap orang.
"Tak usah masuk MLM tu". "Ala..boleh percaya ke tu"."Tipu je tu. Ramai orang gagal sebab mereka termakan cakap atau hasutan kawan-kawan dan orang-orang lain. Ramai orang dengki kalau kita kaya, betul tak betul? Untuk berjaya, ikut cakap orang yang telah berjaya dan buat apa orang berjaya baut. Ingat... Jangan dengar cakap orang!!!

5. Anda gagal untuk merebut peluang.
Mungkin anda telah banyak kali mendengar atau ditawarkan dengan peluang-peluang yang telah anda persia-siakan dengan sikap "Tunggulah nanti saya fikirkan" atau "Saya bukan tak nak tapi...". Untuk berjaya jangan bagi alasan. Jangan takut untuk berubah kerana kalau anda takut untuk berubah, pendapatan anda juga tidak akan berubah. Sebenarnya ada banyak peluang yang boleh mengubah hidup anda asalkan anda ada kemahuan dan impian "Kita dilahirkan bukan untuk gagal". Betul tak betul?

Untuk kaya dan berjaya, anda kene berubah. Apa yang anda perlu ubah? UBAH SIKAP anda, kerana sikap andalah...anda jadi begini. Ubah penggunaan masa, belajar dari orang berjaya, jangan bertangguh, jangan dengar cakap orang dan jangan buruk sangka pada peluang yang datang. Kata-kata hikmah Prof Dr Hamka "peluang yang besar itu datang secara TIBA-TIBA. Datang TIDAK MENENTU. Datang disaat kita KESEMPITAN atau KESUSAHAN. Nilai peluang itu dengan BIJAKSANA. REBUTLAH peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan SERIBU ALASAN untuk tidak merebut peluang yang besaritu!.

Monday

Ciri - ciri Unik Programme Score A

eNotes

eNotese adalah nota ringkas tetapi padat yang disediakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A.

eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic.

Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disdiakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.



ePast Year Exam

ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd, yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara ”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan.

Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.



eTopic - Soalan-soalan berpandukan topik

eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari.

Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.

Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.



eProgress

eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic.

Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.

Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.



eTrial Exam

Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.

Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah.

Pemarkahannya adalah serta merta.Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.



eAssessment

eAssessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.

Objektif utama eAssessment:-
1. Menyediakan pembelajaran output secara terus.
2. Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan
pelajar membuat latih tubi tanpa had.
3. Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.
4. Menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.



eReport Card

eReport Card™ adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam.

Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.

Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga. Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A.



eDictionary

Untuk membantu pelajar memahami soalan dalam Bahasa Inggeris , kami menyedikan eDictionary untuk menjelaskan makna perkataan dalam soalan. Ini akan membantu pelajar belajar Bahasa Inggeris sambil bersiap sedia untuk peperiksaan.

Score A Programme


Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.





1. Apakah Score A Programme™?

Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.



2. Apakah Pembelajaran Input?

"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output" .


3. Apakah Pembelajaran Output?

"Pembelajaran Output" ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.


4. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?

Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif


5. Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?

eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.


6. Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?

Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A
Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.

7. Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?

Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.


8. Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?

Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.


9. Mengapakah Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?

Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.


10. Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme™ berpatutan?

Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat

  • Harga Score A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.

  • Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"

  • Score A programme™ memberi peluang kepada setiap pengguna ke tahap-tahap berlainan.

Sunday

Alasan

Perkataan yang kadang membosankan kita.... Apa maksud "ALASAN"?

Alasan merupakan satu senjata... atau lebih tepat satu mekanisme perisai yang seringkali digunakan untuk mematahkan serangan bicara pihak lawan....

Sedar atau tidak ... alasan adalah sesuatu yang melambatkan kita... kecenderungan kita untuk mencipta 1001 alasan bagi diri kita sendiri ... dan kita juga ciptakan khas 1001 kesalahan untuk orang lain...

Alasan selalu tidak memungkin kan untuk kita mencapai impian kita.. alasan selalu menggangu impian kita... alasan selalu menghalang impian menjadi realiti... alasan akan membuat kita tidak berjaya...

Renungilah .... dimana letak diri anda yang sentiasa dengan alasan.... campakkan alasan... rebutlah kejayaan..

" Alasan bukan kunci kejayaan tapi batu yang besar yang menghalang kejayaan."

Friday

"Webucation is the Next Great Growth Opportunity"



If you ask 10 people to name the greatest business thinker of the last century, I am willing to bet that at least eight of them, and maybe all 10, will pick Peter Drucker.
There's a very good reason. Drucker invented the modern science of management in 1954 when he wrote The Practice of Management. When he later wrote The Effective Executive in 1965, he set the course for thousands of books about executive excellence that followed.
Drucker consistently anticipated the future - an ability that stayed with him undiminished until he passed away last year at the age of 95.
In the year 2000, Drucker predicted that the Internet would become the most important teaching tool of the 21st Century. You can read his prediction in the 2000 Forbes cover story, "Webucation is the Next Great Growth Opportunity." People are only now grasping his vision of electronic learning.
Let me share with you some of Drucker's reasons for believing that Internet-based education ("Webucation," to use his term) was poised to become the most powerful learning tool ever devised by mankind:
Every student enjoys the equivalent of a one-to-one teacher-student ratio.
The student can learn at any time, in any place.
Online learning is far more time-efficient and cost-efficient than classroom learning.
A student can replay the course material as often as needed until learning is complete.
Graphics, pictures and other resources make Webucation far more effective than classroom teaching.
Internet learning meets a critical need, since contemporary people can no longer afford to stop learning once they earn a degree. Webucation allows successful people to keep learning throughout their lives.
Six years later, Peter Drucker's prediction is coming true at Trump University and other institutions. We only need to listen to the words of a Trump University student like Pat Lathouris from Amityville, New York, who described online learning this way: "Trump University has so many advantages over other programs. The hands-on lessons are great. They simulate working situations in the real world. The online capabilities and the ability to access the courses from anywhere make learning time flexible - a huge advantage."
Peter Drucker was right, again. Online learning truly is the future - and the future is now.

Wednesday

Mari Score 'RM'

Pembelajaran anak-anak dikategorikan sebagai perbelanjaan.

Setiap ibu bapa yang bekerja berpendapatan 2000 ke atas perlu ada sekurang kurangnya RM3000 dalam akaun SSPN setiap orang bagi anak anda.

Anak Score 'A' dan anda Score 'RM'. Bagaimana?

hanya SMS nama dan alamat.


fadzil kudori
019-3341709


Monday

Anak Kita Score 'A'

Anda Ada Anak Yang Masih Bersekolah?
Pembelajaran Anak Anda Kurang Memuaskan?
Anak anda Malas?

Kami ingin mengesyorkan teknik pembelajaran yang mudah, jimat dan berkesan.
Ramai yang melanggan dan sudah terbukti keberkesanannya.
Ramai yang sudah cemerlang dan bukan sahaja cemerlang malah straight 'A'.

Jika lambat anda mungkin rugi, melepaskan peluang anak anda untuk meraih kejayaan yang sangat cemerlang.


Penempatan bukanlah sebab untuk anak anda tidak berjaya kerana segalanya hanyalah di hujung jari.

untuk maklumat lanjut sila hubungi

En. Fadzil Kudori
019 334 1709